Pantun Brunei - Pantun Cinta Merayu

Pantun Brunei Darussalam

Sajak untuk Negeri Brunei. Alangkah indah Negeri Brunei. Betapa sejahtera para penduduknya. Tiada pernah terbetik berita, tentang kesusahan atau keburukan dari sana.

Brunei adalah sebutir mutiara surgawi. Tersemat indah dalam hati. Laksana pengantin muda. Amat indah dan bersahaja. 

Brunei negeri tanah Melayu. Terkenal elok dari zaman dahulu. Tak pernah hatiku meragu. Brunei memang penghias kalbu. 

Negara brunei negara kita, 
Budi bahasa budaya kita, 
Adat melayu jangan di lupa, 
Kemana perginya pemantun kita?

Berikut beberapa pantun cinta dari Brunei. 
Sajak untuk Negeri Brunei. Alangkah indah Negeri Brunei. Betapa sejahtera para penduduknya. Tiada pernah terbetik berita, tentang kesusahan atau keburukan dari sana.  Brunei adalah sebutir mutiara surgawi. Tersemat indah dalam hati. Laksana pengantin muda. Amat indah dan bersahaja.

 

 

 

 

 

Pantun Cinta Merayu

Bukan ikan sebarang ikan,
    Ikan belais pemutus tali;
       Bukan hitam sebarang hitam,
       Hitam manis pemutus hati.


    Berhari-hari hujan di Ulu,
    Hanyut papan berkeping-keping;
       Sabar-sabar tuan dahulu,
       Bulan Syaban naik pengantin.


    Rumah siapa di Tanjung Dato,
    Rumah Cik Ali tukang perahu;
       Anak siapa gerini itu,
       Rupanya kenal nama tak tahu.
    Uduk-uduk Pulau Kuraman,
    Sana burung hinggap berhenti;
      Menjuluk bunga di taman,
       Belum dapat belum berhenti.
Karya Sofian Ahmad

Related Posts

Previous
Next Post »